Saturday, March 21, 2009

nak letak tajuk apa?

wawah!saya ada 2 blog.Hebat bukan? Ayat macam tak boleh blah. Wah, cantik sudah blog saya ini. Padahal saya yang besusah payah mendeco sendiri.Bukan Eric deko punya.Dan bukan Man Belon yang puunyyaaa..Suka sangat saya melalut. Jemput datang ke blog saya yang satu lagi.Yang selalu diupdate.Klik sahaja sini. www.bicaraqalbi.wordpress.com

Sunday, February 8, 2009

sila klik sini www.bicaraqalbi.wordpress.com

Saturday, January 31, 2009

Moving to www.bicaraqalbi.wordpress.com. Jemput-jemut jengah..

Mencik2..

Ape kes la kene ngan blog ni..Kang ade yang kene baling ngn blok2 batu, batu belah batu bertangkup.KAH KAH KAH (sungguh tak sopan gelak itu)..
Ni apesal tak leh upload gambar.baru nak kasi gegar sikit blog ni.Banyak kisah nak saya share.Really!!
Serious!! Nampak tak keseriousan saya??
Tapi ape leh wat,hanya menaip la daku tanpa sebarang gambar yang akan mewarnai blog ku bukan blog mu ini..
huwaaaa!!!!

Wednesday, January 28, 2009

C I N T A & P E R K A H W I N A N

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......

gdah: Yeke ni??ape yek maksudnye....

Sunday, January 25, 2009

hua hua hua


Terbace entri seorang pemblog (dengan izin) menceritakan pasal pengalaman die jadi cikgu.. Teringat saye akan zaman mase jadi guru sandaran tidak terlatih dulu.Mase tu tengah ajar pendidikan agama islam. Oleh kerana sekarang ni zaman ICT, jadi saye pun mempraktikkan saranan kerajaan mempelbagaikan cara P&P.Skema tol ayat,cam nak jawap interview pulak.ok2,teruskan cerita,gdah.

Alkisahnye,saye pun membawa anak-anak murid ku pergi ke bilik komputer.Dengan penuh semangat waja,penuh ilmu di dada,keyakinan yang tak berbelah bahagi,bersungguh-sungguh amik kunci dari Cik Maz.Siap tempah awal2 lagik.Sambil membilang-bilang tangga,dan memikirkan ape yang nak diajar,disamping membawa pen maker,saye pun sampai ke depan pintu bilik komputer.Bismillah...

Terbuka sudah pintu bilik komputer,terus dihidupkan segale2 yang boleh dihidupkan. Aircond, komputer, mouse, LCD, projecter, mesin photostet, air terjun buatan, mesin rumput,mesin basuh,mesin kire2,mesin gun.sudah2,hentikan mengarut gdah.Teruskan lagi.

Sejurus murid2 masuk ke bilik komputer,saye mengajar macam biase. Oleh kerana ni kelas budak2 yang aktif bercakap,jadi dari awal kelas saye sudah menunjukan kematangan,kegarangan,kemachoan,ketegasan,kemarahan,keganasan,ke ke ke kepada anak2 murid. Sesudah semua pelajar telah di basuh cukup2,tapi ini bukan basuhan baju kotor,mahupun basuhan anak2 asuhan ataupun basuh membasuh amalan mulia,saye pun mengemas buku.Perlu diambil kira juga pada ketika ini,wajahku tak tumpah seperti wajah guru yang memang berhati waja dan bersemangat kekitaan.Kire waktu ini wajah seorang guru memang sedang terpancar dengan pancaran ultraungu.Ungu sebab i love tis kaler.Kalo orang tu suke pink,maka akan jadi ultrapink.kalo suke hijau maka ultrahijau.Kalo suke warna oren,akan jadi ultraoren.Sudahhhh..Terukan lagi dengan serious.

Ditakdirkan Illahi,sewaktu saye nak duduk atas kerusi yang empuk lagi garing itu,tibe2...

Pelajar terdiam. Saye terdiam.Bilik komputer terdiam. Sekolah terdiam. Jabatan pendidikan Wilayah terdiam. Kementerian Pendidikan terdiam. Malaysia terdiam. Asia Tenggara terdiam.

" cikgu,cikgu mane?"

"cikgu ok?"
Adoh!
Ape sudah jadi padaku??Pandangan ku gelap dan samar-samar. agak berpinar,makin lame makin gelap dan gelap dan gelap...
Saye merenung atas,bawah ,tepi,depan,belakang dengan slow motion.Terase macam dalam filem pulak.
Kini,ku menyedari saye dah jatuh kerusi!!! Perlu dipahamkan di sini,saye jatuh dalam keadaan terhormat,iaitu dengan bersimpuh.Adoi,malu yang amat.Lantas saye mengensotkan diri masuk bawah meja lagi. Setelah agak kebas kaki dan idea bercambah, saye mulai bangun. Tarik nafas dalam-dalammmm.......

" Ha, gelak-gelak. Suke sangat kalau cikgu jatuh. Dah, kemas buku.Siapkan homework yang saye bagi. Kalo tak siap, esok saye akan denda!!!"

Tapikan,sungguh kejam ayat yang saye luahkan. dan tak patut pun luahkan..Kenape??
  1. Sebab dieorang tak gelak pun.Malah berwajah risau.
  2. Mane ade homework saye bagi.
  3. Saye tak pernah denda dieorang b4 ni.
  4. Memang la dieorg dah kemas buku.Loceng dah lame bunyik.
  5. Suare saye terkehel tym bagi arahan dengan garang!
Alasan 1-4 tu leh la masok akal. Tapi yang number 5 tu tak tercapai dek akal ku. Apesal ar suare leh terkehel di saat2 saye sedang berdepan dengan situasi yang memalukan lagi maha dahsyat itu.Adoi. Tak tido malam dibuatnye. 

Bayangkan
Ade murid2 conteng kat dinding tandas :Ada seorang cikgu jatuh kat kelas komputer. Name die _ _ _ _ _ _ H.
Takpun dieorang buat banner ramai2:Kesian cikgu jatuh. 
Takpun ade yang taknak masuk PBSM sebabb guru PBSM jatuh dalam kelas komputer. 
Tah2 esok saye masuk kelas,sambil gelak2, dieorang cakap: Hati2 cikgu,kang jatuh lagi
Takpun sepanjang laluan saye nak ke bilik guru,ramai2 murid berlari2 dari belakang cakap: Cikgu jatuh yeay!!cikgu jatuh yeay!!

Tapi..esok yang dilalui macam biase je.Alhamdulillah.Heheh..

And, to all my student expecially form 2 M and 2 D. form 4 C and 4 D SMK Kiaramas, really miss u guys. Andalah yang memberi saye sumber inspirasi untuk memilih profesion keguruan. Doakan saye berjaya menjadi bukan saje guru,malahan pendidik yang dapat berbakti pada anak bangsa seikhlas2nya..


a d a k a h??


i'm ready or not ??