Sunday, January 25, 2009

i'm going to say..

Memang betul cakap orang "buang yang keruh,amik yang jernih".Tapi perumpamaan ini takde kene mengene ngan ape yang aku nak cakap ni.Ape aku merepek ni..Sebenarnye nak citer pasal pegi Bina Insan Guru or well known as B.I.G dekat PD aritu..tapi aku tak amek lagi pix2 kat memereka..nanti2 la..pas cuti ni,aku amek la..wow!bestnye cuti panjang..heheh..tapi dah dapat eseman..aiseymen..parah2..
Lagi satu,aku skang ni ngah memikirkan masalah yang aku landai dan hadapi..penin2..ni pun akan aku citer next episod..tah bile tah..nanti la yek..takde mud nak citer skang..skang ni nak kene reka pantun coz esok kami akan jadi juruacara bagi majlis pinang meminang ni..penin2...(aku ni asik tulis pening je..tapi aku bukan pemigrin)

okeh la,nak kene sambut org2 dari Perlis ni..see u next tym..daa~

Saturday, January 17, 2009

EVEN...



EVEN i really tired..
EVEN i really sick..

EVEN i become hopeless..
EVEN i didn't get anything..

EVEN my lecturer very scary..

EVEN i scared to face my schedule everyday..

EVEN sometimes i can be a negative person..
EVEN i can't do something more than i can do..
EVEN i become more pressure..

EVEN everyday i really bored..
EVEN everyday i miss my hom
e..
EVEN i become more lonely..
EVEN i hate sumthing..

EVEN i need to go out to do fieldwork..

EVEN i never get to sleep..

EVEN maybe someone will talk back about me..

EVEN i need to step up 79 stairs everyday..
EVEN i added another more stairs to go to my classroom..
EVEN i become sleepy in the class..

EVEN i become biro kerohanian dan kebajikan of my class (ape kejadahnye??)
EVEN i hate to come back to school again..
EVEN i need to wait for 6 months more..

EVEN i miss my bed..

EVEN i need to follow the new rules..
EVEN i need to face 'warden'..
EVEN i don't have time to hang out wif my friends..

EVEN and EVEN and EVEN.....


~There are a lot of things th
at i really need to be scarified...sampai bile pun this 'EVEN' word takkan habis..as my last words before : " if we wait for tomorrow, tomorrow comes, if we don't wait for tomorrow, tomorrow comes". and everyday is a new day. fullfill it with the positive elements. Ini adalah amanah yang penuh dengan tanggungjawab..dan sekarang terpikul on my shoulder.. Yes! now i'm learning to be a good and special teacher..=) please pray for me... there a lots of EVEN..but I'll never regret!!!!


Friday, January 16, 2009

Di Sini Segalanya Bermula...~


Assalamualaikum...

referring to Douglas McGregor:

THEORY X:
Seminggu yang penat...
Homesick..
Bosan..
Putus asa..
Banyak keje..
Banyak kuar..
Macam zaman sekola..
Terkongkong..
Hostel tak best..
Assigment melambak..
Balik lewat..
Minoring PJ!!
a lot of things need to b sacrified..
bla..bla..bla..

THEORY Y:
Jumpe member baru..
Member2 sekepale (setakat ni takleh lawan member2 uia =p)..
Jadi lebih berani..
Jadi wajin..
Lebih waja.. (yeke??)
Jadi peramah..
Gain more experinces..
Mende yang tak disukai sekarang kene tempuhi..
xcersice..
Banyakkkkkk kene wat keje outside..
Elaun..(itukan satu anugerah =p)
Displin.. (going to be..but not skema)
Motivate..

kesimpulan: Bukan senang nak jadi..... cikGU!!!


" If you wait for tomorrow, tomorrow comes.
If you don't wait tomorrow, tommorow comes "

Thursday, January 8, 2009

Perihal JODOH..




Renungkanlah Sedalam-dalamnya...

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.
Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibamasanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Tuesday, January 6, 2009

Allahhu Lailahaillallah...

Linangan suci GAZA..







Tangisan untuk kekalahan.. Tangisan untuk perpisahan.. Tangisan untuk kehilangan.. Tangisan untuk kesakitan.. Tangisan untuk tuduhan.. Tangisan untuk kejauhan.. Tangisan untuk kepedihan.. Tangisan untuk keadilan..

Adakah tangisan2 ini cukup dalam jika hendak di bandingkan dengan tangisan Gaza??Linangan Gaza untuk menuntut sebuah perjuangan bagi menyelamatkan sebuah kehidupan?

Wajarkah kita menangis mengenangkan nasib kita yang tak pernah 'bertuah'?Sejauh manakah perbandingan dengan 'kebertuahan' penduduk Gaza??


Mampukah kita menghidupkan rumah2 Allah?Sedangkan penduduk Gaza berhabis- habisan menamatkan sebuah kehidupan untuk rumah2 Allah?


Kita mungkin mampu ketawa menikmati saat2 bahagia,tapi bagi Gaza, untuk melirik sebuah senyuman pun mereka tak mampu..


Kita masih bergoyang kaki, mencuri tulang kala bekerja,tapi para doktor di Gaza bersengkang mata,bersimpul urat,memerah keringat, meraih kudrat menyelamatkan sebuah nyawa yang berharga..

Mungkin kita bertepuk tangan melihat letupan bunga api yang mewarnai langit pada sambutan tahun baru, tapi di Gaza mereka berselingkuh tangan menyelamatkan nyawa dari peluru-peluru yang 'mewarnai' dada langit.

Ketika kita enak beradu di katil ingin melepaskan lelah, mereka di Gaza kelelahan,ketakutan,ribut memikirkan adakah masih ada esok untuk mereka..


Bayi yang dilahirkan hari ini, ditatang begitu mesra dan limpahan kasih sayang,tapi bayi-bayi di Gaza, disambut dengan kehilangan keluarga..

Adakah ini yang dikatakan oleh Israel untuk mengembalikan keamanan??Adakah ini yang dikatakan untuk menghapuskan peperangan??Tidakkah cukup nyawa yang telah terkorban??Bayangkan jika yang ditembak itu ibubapa mereka?yang dibom itu isteri mereka?yang dirogol itu anak- anak mereka??


"Kejam betul Israel"

"Kesian penduduk Gaza"


"Tak patut Israel buat camtu"


"Sayu je tengok orang awam di Gaza di bom"

Benar,mungkin kita tidak mampu untuk sama-sama berjuang memacu senjata, tapi apakah untuk mengundang rasa kebencian pada Israel pun amat payah? Mungkin kata-kata telah dihambur bagi menyatakan keprihatinan. Tapi..
Baju-baju USA masih dipakai menunjukkan rasa 'kecintaan' pada negara itu.Barangan USA berlambak-lambak di pasaran semasa. Benarkah kita sudah boikot barangan USA??
Sebenarnya apakah usaha kita untuk membantu Gaza??

Kalau hari ini kita menangis untuk cinta yang tidak kesampaian,kasih yang terlerai, hajat yang tidak dimakbulkan, lelah kesakitan, rindu pada kejauhan..hentikanlah..hentikanlah..

Layakanlah linangan itu untuk nasib Gaza..bayangkanlah penderitaan,kesakitan,kehilangan yang dialami..sungguh jauh dibandingkan dengan kita yang tak seberapa ini..


Sesungguhnya Allah memilih di antara mereka kerana Allah tahu siapa yang selayaknya menghadapi ujian yang maha hebat ini..kerana..ujian Allah diturunkan selayak-layaknya bagi yang mampu menempuhinya..


Ya Allah, berikan mereka kekuatan menghadapi ujianMu Ya Allah..Tebarkanlah rasa keinsafan dan kesyukuran atas ujianMu ini Ya Allah kerana sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui atas sesuatu yang berlaku..Amin..ALLAHUAKBAR !!!


Teruskan Gaza..Teruskan perjuangan...

Salam kecintaan buat Gaza,
Sang Penulis~